ALOR GAJAH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri berusia 15 tahun, sejak tiga bulan lalu. Tertuduh yang berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan di bacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syazana Abd. Lajis. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia 15 tahun kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Taboh Naning dalam daerah Alor Gajah pada pertengahan Jun 2024. Tertuduh mengulangi perbuatannya terhadap mangsa di lokasi sama kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya