MELAKA: Empat ahli sindiket along termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat dan melakukan khianat dengan cara menyimbah cat terhadap harta milik keluarga peminjam wang, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Amir Suhaimi, 18; Musmuliadi Suhaimi, 43, dan Putri Noviana, 23, mengaku tidak bersalah manakala Ahmad Zamarulhisham Suhaimi, 23, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam. Berdasarkan lima kertas pertuduhan, Muhammad Amir dan Ahmad Zamarulhisham yang juga adik beradik telah mencapai niat bersama melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya