MELAKA: Tiga kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat pengiklanan, sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, kesemua tertuduh, Suhana Surin, 43; Mohd. Rozaiman Rahmat, 45, dan Patrick Tan Peng Sin, 34, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, Suhana yang merupakan Pembantu Tadbir di Jabatan Korporat dan Khidmat Masyarakat Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dihadapkan dengan empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,900.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya