Penyelia restoran yong tau fu didakwa pecah amanah

Penyelia restoran yong tau fu didakwa pecah amanah lebih RM80,000

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM81,126.86 sejak Mac lalu. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penyelia restoran yong tau fu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah RM81,126.86 sejak Mac lalu. Tertuduh, Nur Putra Assyarafain Zuhari, 22, mengaku tidak bersalah sejurus 25 pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia premis telah diamanahkan dengan harta iaitu wang hasil jualan sebanyak RM81,126.86 yang mana tertuduh gagal menyerahkannya kepada syarikat. Perbuatan itu dilakukan di kaunter premis Tokmer Enterprise Cawangan Jasin Bestari dalam daerah Jasin…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya