MELAKA: Seorang pemuda berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak pelancong dengan melarikan wang tunai berjumlah AS$100 sehingga mendatangkan kecederaan. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Alif Syazwan Mohd. Asr mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dengan niat didakwa telah melakukan rompakan tanpa senjata sehingga mendatangkan kecederaan dan melarikan wang tunai AS$100 dengan anggaran nilai lebih kurang RM470. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5.05 petang di Jonker Car Park, Jalan Portugis, Kampung Dua dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya