MELAKA: Seorang guru agama sebuah madrasah di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan bawah umur. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Fakhrurrazi Abdul Rasid, 25, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dari belakang dan memegang punggung seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 12 tahun. Perbuatan itu dilakukan antara pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi di sebuah madrasah dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya