MELAKA: Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Bukit Baru di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menampar muka pelajarnya beberapa kali dan menarik rambut mangsa dalam bilik guru sekolah berkenaan. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Heirman Ishak, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang menjawat jawatan sebagai guru disiplin didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seorang pelajar lelaki yang ketika kejadian berusia 17 tahun dengan cara menampar muka beberapa kali dan menarik rambut mangsa. Perbuatan itu dilakukan pada pukul 11.30…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya