MELAKA: Menggunakan nama samaran ‘Manja Bunga Lestari’ untuk menipu rakan sendiri, itu modus operandi dilakukan seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Bagaimanapun, tertuduh, Norhana Adam, 38, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah atas pertuduhan menipu seorang warga emas sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM416,000. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya rakan lelakinya berusia 64 tahun tentang seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dikenali sebagai Nur Amalina yang mana individu tersebut tidak wujud, akan ditukarkan ke Sabah atau Sarawak. Penipuan itu kononnya bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya