Enam wanita direman, disyaki kemuka tuntutan palsu Banci

Enam wanita direman, disyaki kemuka tuntutan palsu Banci Penduduk

KESEMUA suspek direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama empat hari kepada enam penjawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri, selepas disyaki berkomplot membuat tuntutan palsu berkaitan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 berjumlah RM13,586. Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap kesemua suspek wanita berusia antara 40 hingga 57 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM. Suspek ditahan antara pukul 2 hingga 4 petang…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya