KUALA LUMPUR: Anak bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 dengan menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender daripada sebuah syarikat, enam tahun lalu. Muhammad Faisal Hamzah, 40, yang juga perunding sebuah syarikat meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob. Mengikut pertuduhan, Muhammad Faisal didakwa secara rasuah menerima satu suapan bagi dirinya, iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 daripada seorang individu. Ia didakwa sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya