MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara kepada seorang lelaki berusia 22 tahun, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan kekasihnya. Tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid. Berdasarkan kertas pertuduhan pilihan, tertuduh didapati telah melakukan satu homosid mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh ke atas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan seorang wanita berusia 18 tahun ketika kejadian. Kesalahan itu dilakukan di kawasan tepi jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya