MELAKA: Seorang bekas pekerja kedai serbaneka dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri wang tunai berjumlah RM8,540.60 milik sebuah kedai serbaneka, bulan lalu. Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ilham Shafiq Fithal, 22, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bagi mencapai niat telah mencuri wang tunai dalam peti besi berjumlah RM8,540.60. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari di kedai berkenaan di Taman Sin Hoe, Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Mac…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya