MELAKA: Seorang pembantu tadbir kanan sebuah sekolah di negeri ini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai menggunakan jawatan untuk memberikan kerja pembekalan dan perkhidmatan sekolah bernilai RM125,158.01 kepada syarikat milik anaknya pada 2020. Perintah reman sehingga 25 Mac depan dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu. Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dengan diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Wanita itu ditahan kira-kira pukul 2.40 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya