KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan seorang Datuk Seri yang juga seorang ahli perniagaan mendapatkan penyataan bertulis berhubung empat pertuduhan rasuah RM15 juta yang dihadapinya berkait projek Kementerian Dalam Negeri (KDN). Hakim K. Muniandy dalam keputusannya menyatakan, kenyataan bertulis yang memihak kepada pembelaan tidak sama sekali menjejaskan budi bicara pendakwaan dan tidak menghalang kuasa siasatan SPRM. Katanya, kuasa penyiasatan SPRM tidak terhad sehingga perbicaraan berakhir kerana mungkin terdapat keadaan tidak dijangka yang memerlukan siasatan tambahan. Sehubungan itu, katanya, tertuduh berdepan isu ketidakadilan yang sepatutnya diperbetulkan oleh mahkamah sebagaimana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya