MELAKA: Seorang perunding motivasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua penuntut lelaki sebuah universiti awam di negeri ini, bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Zulkarnain Atan, 43, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua pelajar lelaki masing-masing berusia 21 tahun dengan cara mencium telinga, bahu dan meraba payu dara serta paha mangsa. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah malam dalam bilik sebuah rumah di Taman Tasik Utama,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya