MELAKA: Seorang pemandu lori berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didakwa menipu berkaitan tender pajakan ladang kelapa sawit membabitkan kerugian lebih RM1.02 juta. Tertuduh, M. Gopala Krishnan, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman selepas pertuduhan dibicarakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang pengarah urusan untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan tender pajakan ladang kelapa sawit. Tindakan itu dengan curangnya telah mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM1,029,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan sekiranya tidak diperdaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya