MELAKA: Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pekerjanya, dua minggu lalu. Tertuduh, Mohamad Redwan Sabri, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang perempuan berumur 17 tahun satu bulan sewaktu kejadian dengan cara memegang paha kanan mangsa. Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 pagi dalam sebuah kereta jenis Isuzu Trooper di Jalan Solok Fajar, Bukit Nibong, Paya Dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya