Penganggur didenda mengaku melacur

Penganggur didenda mengaku melacur

TERTUDUH didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka selepas mengaku bersalah mencari langganan bagi maksud melakukan aktiviti persundalan. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pelacuran, minggu lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menerima pengakuan salah tertuduh, Zami Nor Aida Che Ya, 26, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mencari langganan bagi maksud melakukan aktiviti persundalan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7.40 malam di bilik bernombor 1115, tingkat 11 di sebuah hotel dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Januari 2024.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab. Malek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN