Mengaku liwat kanak-kanak 12 tahun di asrama mualaf

Mengaku liwat kanak-kanak 12 tahun di asrama mualaf

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka terhadap dua daripada empat pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Individu yang dilaporkan meliwat seorang murid darjah enam sebanyak 30 kali di sebuah asrama mualaf yang diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sejak Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 20 tahun itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, Bilal Rayyan Abdullah, hanya membuat pengakuan bersalah terhadap dua daripada empat pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga rakan sebilik mangsa didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan, terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di bilik asrama dan tandas lelaki Kompleks Darul Huda, Balai Islam Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 14, 15, 22 dan 23 Mei 2023.

Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan jaminan diberikan dengan mengambil kira pengakuan salahnya terhadap dua daripada empat pertuduhan.

Pendakwaan turut memohon tarikh baharu sementara menunggu laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan tertuduh dikategorikan sebagai pesalah muda.

Mahkamah menerima permohonan pendakwaan dan menetapkan 1 Februari 2024 untuk sebutan semula kes, serahan fakta kes dan penetapan hukuman.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang murid darjah enam trauma selepas dipercayai diliwat sebanyak 30 kali oleh rakan sebiliknya di sebuah asrama mualaf yang diuruskan oleh sebuah NGO.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek direman enam hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Beliau berkata, mangsa pertama kali diliwat suspek tanpa kerelaan pada pukul 3 pagi, 14 Mei 2023 di asrama lelaki berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN