Mengaku amang seksual, onani depan anak keluarga angkat

Mengaku amang seksual, onani depan anak keluarga angkat

TERTUDUH berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan beronani di hadapan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja lelaki berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun, sebat dan denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan, iaitu melakukan amang seksual fizikal dan beronani di hadapan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang juga anak kandung kepada keluarga angkatnya.

Bagaimanapun, selaku pesalah muda, Hakim Mohd. Sabri Ismail menangguhkan hukuman terhadap tertuduh berumur 18 tahun itu selepas pendakwaan memohon tarikh baharu bagi serahan laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan, tertuduh merupakan anak angkat keluarga mangsa yang menetap di kediaman sama sejak setahun lalu dan membantu menguruskan perniagaan gerai makan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didapati telah menunjukkan kemaluannya kepada mangsa sama sambil beronani.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (c) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan dilakukan kira-kira pukul 10 pagi di sebuah rumah di Lorong Pokok Mangga dalam daerah Melaka Tengah pada pertengahan September 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan jaminan selepas mengambil kira faktor kesalahan dilakukan adalah serius, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN