Lelaki dipenjara seminggu curi benang emas majikan

Lelaki dipenjara seminggu curi benang emas majikan

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencuri benang emas milik bekas majikannya yang bernilai RM4,000 pada September lalu. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang operator kilang dipenjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri benang emas milik bekas majikannya yang bernilai RM4,000 pada September lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan tertuduh, Muhammad Shahrul Helmi Ramli, 34, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dengan niat curang mencuri benang emas milik pihak kilang bernilai kira-kira RM4,000 tanpa kebenaran majikannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di sebuah kilang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 September 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu hukuman berbentuk penjara kerana pendapatannya sebanyak RM1,500 sebagai pekerja kontrak di sebuah kilang automotif digunakan untuk menyara isteri dan ibu bapa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu minggu dari tarikh tangkap iaitu pada 19 Disember 2023 dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN