Banduan Penjara Sungai Udang mengaku liwat rakan sel

Banduan Penjara Sungai Udang mengaku liwat rakan sel

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan meliwat dan melakukan seksual terhadap rakan selnya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang banduan di Penjara Sungai Udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan seksual terhadap rakan selnya.

Bagaimanapun, hukuman terhadap tertuduh, Akhirin Jufri, 47, ditangguhkan Hakim Mohd. Sabri Ismail pada 10 Januari 2024 kerana menunggu serahan fakta kes.

Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memaksa mangsa yang berusia 22 tahun.

Mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12 tengah malam di dalam sebuah sel di Kompleks Penjara Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah pada 25 November 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya