Sehari sebelum tunai umrah, lelaki didenda RM2,000 kerana ketum

Sehari sebelum tunai umrah, lelaki didenda RM2,000 kerana ketum

TERTUDUH bersama-sama didapati telah ada dalam kawalan bahan dadah mitragynine seberat 500 ml (berat bersih). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah memiliki 500 mililiter (ml) air ketum, dua sahabat didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mereka membuat pengakuan bersalah.

Majistret Khairunnisak Hasni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Ruzaini Mohamad Don, 31, dan Anuar Ismail, 44.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati telah ada dalam kawalan bahan dadah mitragynine seberat 500 ml (berat bersih).

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam di pondok hadapan sebuah rumah di Bukit Duyong dalam daerah Melaka Tengah pada 5 September 2023.

Kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) akta sama yang memperuntukkan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Peguam A.H. Mohamad Zulkiffly Abdul Hamid merayu anak guamnya diberikan hukuman denda ringan dengan alasan kedua-duanya perlu menanggung keluarga, selain Muhammad Ruzaini akan bertolak menunaikan ibadah umrah, esok.

Mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar bagi setiap tertuduh. Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN