Pecah tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan

Pecah tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan

TERTUDUH dipenjara selama dua bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan cuba mencuri duit tabung sebuah masjid. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencuri duit tabung sebuah masjid, hujung bulan lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Sabarudin Rosli selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang cuba melakukan curi duit di dalam tabung sebuah masjid.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid An-Nur, Peringgit dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 10.30 malam, 30 Oktober 2023.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan.

Mahkamah menjatuhkan dua bulan penjara dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh ditangkap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN