Najib belanja RM80,000 untuk rawatan cegah kanser - Utusan Malaysia

Najib belanja RM80,000 untuk rawatan cegah kanser

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 untuk tujuan rawatan pencegahan penyakit kanser.

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi ke-48 pendakwaan, Asisten Komisioner Foo Wei Min ketika ditanya berhubung transaksi wang kepada sebuah entiti dikenali Vital Spire Sdn. Bhd. di mana Najib memberitahu ia untuk rawatan kanser seperti mana saranan doktor.

Najib didakwa mengambil rawatan tersebut sebagai langkah pencegahan setelah bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua meninggal dunia kerana menghidap leukemia.

Menurut Wei Min, berdasarkan kenyataan diambil terhadap Vital Spire Sdn. Bhd. mendapati wujud beberapa bayaran rawatan suplemen oleh bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, bayaran pertama dilakukan berjumlah RM80,000.

Ketika ditanya peguam Najib, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah sama ada tertuduh pernah memaklumkan berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan kerajaan.

Wei Min menjelaskan Najib pernah menjelaskan perkara tersebut ketika mengambil keterangan bekas Perdana Menteri itu.

Najib, 70, kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Sementara itu Wei Min berkata, dia bukan individu sesuai untuk mengatakan dakwaan terhadap Najib sebagai satu tuduhan kleptokrat.

“Kami memberi tumpuan kepada siasatan kami. Itu tujuan pegawai penyiasat kes itu,” katanya ketika menjawab soalan Muhammad Shafee.

Dalam pada itu, Wei Min bersetuju dengan soalan peguam Najib bahawa tertuduh tidak menggunakan duit untuk peribadi sebaliknya kepada tujuan politik dan program tanggungjawab sosial.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung pada 14 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN