Lelaki dipenjara empat bulan curi bantal, gelas hotel

Lelaki dipenjara empat bulan curi bantal, gelas hotel

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencuri barang milik sebuah hotel bernilai RM585, bulan lalu. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penganggur dipenjara empat bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barang milik sebuah hotel bernilai RM585, bulan lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ng Jiun Loong, 30, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah melakukan kecurian dalam bangunan iaitu kotak amenities, tuala mandi, bakul buluh, bantal sofa beserta sarung, bantal berserta sarung dan gelas kaca yang bernilai kira-kira RM585 milik syarikat Chow Chern Meng, 32.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1.30 tengah hari di bilik 2106 sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang dalam daerah Melaka Tengah pada 23 Oktober 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan pemenjaraan dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan tidak bekerja dan tiada pendapatan selain menghidap penyakit autoimun kronik (SLE) yang memerlukan rawatan.

Mahkamah menjatuhkan penjara empat bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 3 November 2023 dan denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal bayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya