Beri alasan jadi scammer untuk kos pembedahan kanser

Beri alasan jadi scammer untuk kos pembedahan kanser

KESEMUA tertuduh didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menyertai sindiket penipuan dalam talian demi mengumpulkan wang bagi pembedahan kanser tahap dua, itu antara alasan diberikan seorang scammer selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari yang merayu hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, tertuduh, Ooi Soon Hong, 27, bersama 15 yang lain didenda keseluruhan berjumlah RM48,000 selepas kesemua mereka mengaku bersalah melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh yang membuat pengakuan berkenaan, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Kesemua tertuduh ialah Soon Hong; Ooi Shou Lian, 27; Foo Nian Cher, 37; Chong Teck Ann, 28, dan Ngin Wooi Ching, 27.

Turut didakwa ialah Yong Jian Wei, 25: Chan Kian Heng, 25; Tan Sheng Hooi, 27; Lee Wai Kong, 24; Chong Kok Wei, 21; Ahmad Asyraf Othman, 22; Liw Yit Loong, 27, dan Lee Wai Si, 22.

Tiga lagi tertuduh yang merupakan warga China ialah Xiao Kunmang, 24; Zhou Qi, 22, dan Yu Quan, 32.

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua mereka bersama-sama sebagai pihak daripada pakatan jenayah telah melakukan kesalahan memperdayakan mangsa-mangsa di United Kingdom (UK) dalam tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah rumah bernombor di Jalan Vista Kirana 3, Taman Vista Kirana, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 21 November 2023.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 120B (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan perlu menanggung keluarga masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh membayar denda RM3,000 setiap seorang atau tujuh bulan penjara jika gagal bayar.

Pada 23 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian, selepas menahan 17 individu termasuk tiga lelaki warga China di Ayer Keroh.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, seramai 16 lelaki dan seorang wanita berusia 17 hingga 40 tahun ditahan di sebuah banglo dua tingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN