Raba punggung remaja bawah umur, lelaki Nepal dipenjara lima

Raba punggung remaja bawah umur, lelaki Nepal dipenjara lima tahun

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan meraba punggung seorang remaja perempuan bawah umur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pembantu gerai makan warga Nepal dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan meraba punggung seorang remaja perempuan bawah umur.

Hukuman dijatuhkan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas tertuduh, Manday Ajay Kumar, 26, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang punggung mangsa berusia 15 tahun di gerai minuman di Chinatown Food Court, Ujong Pasir dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 dan 24 Mei 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman paling ringan diberikan dengan alasan perlu menanggung ibu bapa dan tiga adik yang masih bersekolah di negara asalnya, serta memohon penjara berjalan serentak dari tarikh ditangkap iaitu pada 29 Mei lalu.

Mahkamah menjatuhkan lima tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN