Lambat buat susu anak, suami didakwa baling kipas kepada isteri

Lambat buat susu anak, suami didakwa baling kipas kepada isteri

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencederakan isteri menggunakan kipas. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Berang si isteri lambat menyediakan susu untuk anak sulung, seorang suami didakwa mencederakan wanita itu menggunakan kipas di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Shahmoonzhir Mohd. Nazim, 32, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya berusia 30 tahun di sebuah rumah beralamat di Solok Balik Bukit, Bukit Lintang dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12 tengah malam pada 1 Oktober 2023.

Difahamkan, tertuduh bertindak membaling kipas kepada mangsa kerana si isteri dikatakan lambat menyediakan susu untuk anak mereka yang berumur tujuh bulan.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan menanggung anak yang masih kecil.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 dan menetapkan 8 November ini untuk serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya