Kenal dua hari, mekanik lima anak mengaku peluk remaja tidak

Kenal dua hari, mekanik lima anak mengaku peluk remaja tidak berbaju

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memeluk remaja perempuan dalam keadaan tidak berbaju. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memeluk remaja perempuan dalam keadaan tidak berbaju, Isnin lalu.

Tertuduh, Mohd. Rizuan Abd. Razak, 43, yang juga bapa kepada lima anak membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman terhadap tertuduh pada 28 November ini bagi menunggu laporan penuh fakta kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sembilan bulan dalam keadaan tidak berbaju bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.20 pagi di Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 9 Oktober 2023.

Difahamkan, tertuduh dan mangsa telah berkenalan selama dua hari menerusi aplikasi MiChat sebelum berjumpa di lokasi kejadian.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN