Tiga rakan didakwa bunuh Darvnrajh

Tiga rakan didakwa bunuh Darvnrajh

KESEMUA tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan mencapai niat bersama telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R. Darvnrajh. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh A.A. Dinesh, R.C. Veeraganeish dan V. Sasikumar masing-masing berusia 25 tahun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh mencapai niat bersama telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R. Darvnrajh, 24.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 5.24 pagi hingga pukul 9 pagi di tepi jalan berdekatan kebun kelapa sawit Kemuning, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah pada 10 September 2023.

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin sementara kesemua tertuduh diwakili peguam, namun enggan namanya didedahkan. Mahkamah menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pembunuhan kejam Darvnrajh bermotifkan dendam angkara bermain mercun pada sambutan Deepavali, tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa dipercayai dibunuh oleh enam suspek yang juga rakannya sendiri menggunakan parang panjang dengan cara ditikam dan ditetak.

Jelasnya, perasaan tidak puas hati dalam kalangan suspek bermula selepas keluarga mangsa membuat laporan polis terhadap kesemua mereka yang membawa mercun di kawasan taman perumahan berhampiran rumah mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN