Koperal, lans koperal direman terima suapan kes dadah

Koperal, lans koperal direman terima suapan kes dadah

PERINTAH reman dikeluarkan Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka selepas kesemua suspek dipercayai terlibat suapan berjumlah RM800 membabitkan kes dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal direman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat suapan berjumlah RM800 membabitkan kes dadah.

Perintah reman sehingga 11 September ini dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Khairunnisak Hasni terhadap suspek berusia antara 27 hingga 34 tahun itu.

Ini bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak berkuasa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesemua suspek ditahan pukul 7 petang selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka di sini, semalam.

Siasatan awal mendapati, suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada orang awam secara tunai sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang dikatakan memiliki dadah jenis Syabu.

Wang tersebut dipercayai diterima di balai polis tempat suspek bertugas serta di sekitar Gemencheh, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN