Bung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan - Utusan Malaysia

Bung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan

BUNG Moktar Radin dan Zizie Izette Abd. Samad. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette A. Samad dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima rasuah RM2.8 juta.

Perkara itu diputuskan oleh  Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas membenarkan permohonan semakan pasangan suami isteri itu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN