Bekas CEO Melaka Halal Hub didakwa salah guna kuasa

Bekas CEO Melaka Halal Hub didakwa salah guna kuasa

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan salah guna kuasa. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa dengan melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan, dua tahun lalu.

Tertuduh, Amir Ali, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pegawai badan awam iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Halal Hub telah menggunakan jawatan melantik anak perempuannya sebagai pegawai kewangan W41 di syarikat berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Syarikat Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. di Bangunan Anchor Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Serkam dalam daerah Jasin pada 1 April 2021.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, berdasarkan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM7,000 hingga RM15,000 beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork merayu jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya menanggung sembilan anak dan seorang isteri yang menghidap penyakit kencing manis.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM7,000 dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN