Tiga ahli BN gagal cabar usul tambahan tidak pertanding dua jawatan utama UMNO - Utusan Malaysia

Tiga ahli BN gagal cabar usul tambahan tidak pertanding dua jawatan utama UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan tiga ahli Barisan Nasional (BN) untuk mencabar kelulusan Menteri Dalam Negeri berhubung usul tambahan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu.

Hakim Amarjeet Singh menolak permohonan tersebut atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes melibatkan hal dalaman parti politik.

Mahkamah juga tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh dua ahli UMNO Cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC Lembah Pantai, P. Vellasamy.

Pada 15 Mei lalu, ketiga-tiga pemohon memfailkan kebenaran semakin kehakiman untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri meluluskan usul tambahan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam pemilihan parti itu.

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac lalu, yang mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menurut peruntukan Seksyen 70 akta sama.

Pemohon juga meminta perisytiharan bahawa surat RoS bertarikh 3 Mac lalu adalah tidak teratur, bertentangan perlembagaan parti dan tidak sah.

Turut dimohon satu perisytiharan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO hendak dipertandingkan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya