Penyelia syarikat kitar semula didakwa tipu penjualan besi buruk

Penyelia syarikat kitar semula didakwa tipu penjualan besi buruk

TERTUDUH didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan penipuan pembelian besi buruk tidak wujud dua tahun lalu. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penyelia syarikat kitar semula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan penipuan pembelian besi buruk tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM75,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Low Han Zhou, 37, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan Chai Yoon Khee, 58, dalam urusan pembelian besi buruk dengan mempercayai ia wujud dan dengan curangnya mendorong mangsa membuat bayaran berjumlah RM75,000 yang mana mangsa tidak akan membuat bayaran tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu dilakukan di Public Bank cawangan Ayer Keroh, Lorong Setia 1, Air Keroh Heights dalam daerah Melaka Tengah pada Februari 2021.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Darren Ee dan Kin Chung merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan memiliki tiga anak yang masih kecil, selain menjaga bapa yang menghidap sakit pinggang kronik.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dan menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya