Pengurus ladang kemuka maklumat palsu direman tujuh hari

Pengurus ladang kemuka maklumat palsu direman tujuh hari

TERTUDUH direman tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengurus ladang sebuah pertubuhan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, selepas dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu berjumlah kira-kira RM40,000, sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek berusia 40 tahun.

Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 6 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Suspek dipercayai menggunakan nama individu lain bagi tujuan membuat tuntutan secara berkala sejak November 2020 hingga Januari 2023 membabitkan jumlah sebanyak RM40,000.

Difahamkan, tuntutan berkenaan dibuat untuk kepentingan peribadi suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya