Pengerusi persatuan didakwa guna gelaran Datuk tidak diiktiraf

Pengerusi persatuan didakwa guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Persatuan Keturunan Lim Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf pada 2019.

Tertuduh, Lim Teng Huat, 67, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa mandarin di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf daripada watikah kurniaan Darjah Kurnia Paduka Seri Diraja Perak (D.S.D.P).

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Oktober 2019.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 7 (3) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 (4) enakmen sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah bagi mengelakkan tertuduh yang mempunyai perniagaan di Indonesia melarikan diri.

Peguam Khaw Thian Keat merayu jaminan rendah dan memaklumkan anak guamnya tidak akan melarikan diri kerana perlu membuat pemeriksaan di hospital selepas menjalani pembedahan jantung tahun lalu.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 12 September untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya