Pengawal keselamatan didakwa cabul cucu tiri bawah umur

Pengawal keselamatan didakwa cabul cucu tiri bawah umur

TERTUDUH yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh berumur 60 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk tiri didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 9.20 malam sehingga 10.30 malam di sebuah rumah dalam daerah Jasin pada 6 Ogos 2023.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (a) akta sama, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa sama pada masa, tempat dan tarikh sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan disebat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa dan saksi-saksi pendakwaan, selain kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dan perlu menyara isteri orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat sehingga kes selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya