Pemilik restoran warga Jepun didakwa cederakan teman wanita - Utusan Malaysia

Pemilik restoran warga Jepun didakwa cederakan teman wanita

SHOZO Kamizato (berbaju hitam dan menyandang beg) tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan mencederakan teman wanita. - UTUSAN/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik restoran warga Jepun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap teman wanita senegara, dua bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Shozo Kamizato, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Gomi Mikiko, 30, dengan menggunakan tangan di sebuah rumah di Kepong, dekat sini, pada pukul 2 pagi, 14 Jun lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh yang sudah tinggal di negara ini sejak 12 tahun lalu itu diwakili peguam Azman Aziz.

Nurul Izzah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis terdekat.

Mahkamah menetapkan 22 September untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya