Mahkamah tolak permohonan wanita Muslim keluar Islam - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan wanita Muslim keluar Islam

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak permohonan seorang wanita untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi dan bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati tiada kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika menolak permohonan semakan kehakiman wanita itu.

Pada 15 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan wanita berusia 33 tahun itu untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang mengekalkan status Islamnya.

Wanita tersebut dilahirkan dalam keluarga Islam memohon untuk keluar agama atas alasan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam dan ingin mengamalkan ajaran Buddha.

Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa mahkamah sivil tiada bidang kuasa untuk menyemak keputusan mahkamah syariah dalam kes membabitkan permohonan murtad.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa mengikut Perkara 121(1A) kepada mahkamah syariah untuk menentukan kes membabitkan permohonan untuk keluar daripada Islam.

Wanita itu memohon sekurang-kurangnya 12 perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa beliau bukan lagi seorang Islam serta berhak menganut dan mengamalkan agamanya, iaitu Konfusianisme serta Buddhisme.

Beliau turut memohon deklarasi Mahkamah Tinggi sivil bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang menolak permohonannya untuk diisytihar sebagai murtad adalah tidak sah, menyalahi undang-undang serta batal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya