Kes saman S.M. Faisal - Mona Din selesai

Kes saman S.M. Faisal – Mona Din selesai

S.M. Faisal Nasimuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah membabitkan Datuk S.M. Faisal Nasimuddin dan aktivis, Mona Din selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata persetujuan.

Persetujuan penyelesaian tersebut dicapai dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Hakim Azian Othman.

Kes saman fitnah tersebut sepatutnya mula dibicarakan pada 14 Ogos ini.

Pada 5 Ogos lalu, penyelesaian sama turut dicapai dalam kes saman membabitkan ahli perniagaan tersebut dengan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Pada 17 Ogos lalu, S.M. Faisal selaku plaintif mendakwa Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din telah memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya, Mona Din antara 29 Jun hingga 20 Julai lepas.

Hantaran berbaur fitnah itu adalah berhubung perintah pemenjaraan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, terhadap bekas isterinya, Emelia Hanafi selepas gagal mematuhi perintah mahkamah.

Dakwa plaintif, hantaran-hantaran itu antara lain menggambarkan beliau adalah seorang yang kejam, tidak bertimbang rasa dan menyebabkan trauma kepada bekas isterinya selain didakwa menggunakan wang serta pangkatnya untuk memanipulasi sistem keadilan di negara ini.

Sementara itu, Mona dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 28 September lalu, mendakwa hantaran berkenaan adalah komen adil dan berpatutan kerana isu terbabit berkepentingan awam.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya yang kini berusia antara 11 dan 17 tahun untuk bersama bapa mereka, S.M. Faisal. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya