Jurugambar lalukan amang seksual didakwa - Utusan Malaysia

Jurugambar lalukan amang seksual didakwa

TERTUDUH (dua kiri) menutup mukanya selepas tiba di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan hari ini - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang remaja perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi menerusi aplikasi Telegram dan bertemu dengan remaja perempuan berusia 17 tahun lima bulan ketika kejadian dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan olehnya berhampiran sebuah sekolah menengah di sini pada April tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh hukum mengikut Seksyen 13 (1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada lima sebatan jika sabit kesalahan.

Tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan mangsa sama dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di siang hari di sebuah rumah di sini pada  April, Mei dan Julai 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Sementara itu bagi tiga pertuduhan, tertuduh didakwa terbabit dalam penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, jurugambar itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di lokasi yang sama pada Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes tersebut serius dan perlu dijadikan sebagai pengajaran  kepada masyarakat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya