Ibu hadir kali pertama ke mahkamah beri sokongan pada Yasin - Utusan Malaysia

Ibu hadir kali pertama ke mahkamah beri sokongan pada Yasin

SUZANAH Abdullah (tengah) tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mengikuti prosiding sebutan kes Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun kerap menziarahi penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman di penjara, ibunya, Suzanah Abdullah hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini buat pertama kali bagi mengikuti prosiding kes.

Marwan Sulaiman iaitu adik tertuduh berkata, ibu mereka yang berusia 73 tahun berminat mengetahui perkembangan kes selain memberi sokongan kepada artis itu.

“Ibu sebenarnya selalu menziarah Yasin di penjara. Hari ini tarikh penting, ibu hendak tahu apa berlaku dan apa perancangan mahkamah.

“Ibu ambil keputusan datang hari ini untuk beri sokongan dan pastikan Yasin dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui wakil media selepas sesi pengurusan kes.

Menurutnya lagi, walaupun keadaan kesihatan ibunya baik, faktor usia tidak mengizinkan beliau untuk kerap hadir di mahkamah.

Pada prosiding hari ini Hakim Faiz Dziyauddin membenarkan sapina dikeluarkan terhadap Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Ian Lloyd Anthony untuk memberi keterangan pada perbicaraan nanti.

Mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 28 dan 29 Ogos ini. Seramai 10 saksi pendakwaan dijangka memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya