Dua syarikat, seorang individu mengaku longgok sisa pepejal

Dua syarikat, seorang individu mengaku longgok sisa pepejal

KESEMUA OKS membayar denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas kesalahan melonggok sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendenda dua syarikat dan seorang individu sebanyak RM10,000 setiap daripada mereka atas kesalahan melonggok sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

Keputusan dibuat selepas orang kena saman (OKS), syarikat sewaan tong sampah pukal (Roro) Chong Teck Sin, Syarikat Y.J.T Construction & Trading Sdn. Bhd. dan seorang individu, Fong Chia Fatt, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua OKS telah melonggokkan sisa pepejal terkawal di mukim Cheng, Bukit Katil dan Batu Berendam pada 22 Disember 2022, 5 Januari 2023 dan 20 Januari 2023.

Kesemua OKS didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan dihukum mengikut Seksyen 71 (8) akta sama.

OKS boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Abd. Hadi Abd Wahab memohon kesemua OKS dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan faktor kepentingan awam.

Kesemua OKS yang diwakili peguam Norfazlinda Alimat dalam merayu hukuman denda ringan diberikan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mahkamah memerintahkan setiap OKS membayar denda RM10,000 dan kesemuanya membayar denda tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya