[VIDEO] 1MDB: Zeti tiba untuk beri keterangan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 1MDB: Zeti tiba untuk beri keterangan

ZETI AKHTAR AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.28 bilion membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dijangka akan memberi keterangan selepas saksi pendakwaan ke-44, bekas pegawai bank BSI Bank Ltd., Singapura, Kevin Micheal Swampillai selesai disoal balas oleh peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Keterangan Zeti penting kerana dijangka dapat merungkaikan transaksi sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011 yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Ketika Zeti berjalan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, sekumpulan inidvidu dipercayai penyokong Najib yang dilihat menunggu Zeti sejak 9.20 pagi dengan nada kuat berkata antaranya: “Datuk tak patut jadi saksi.”

ZETI Akhtar Aziz ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – UTUSAN/SUWARNI MOKHTAR

Kata-kata itu bagaimanapun tidak diendahkan Zeti.

Zeti telah disapina untuk hadir memberi keterangan semalam namun beliau tidak dipanggil ekoran Kevin masih belum selesai disoal balas.

Gabenor wanita BNM pertama itu sebelum ini dijadualkan untuk memberi keterangan pada 24 November tahun lalu namun ditangguhkan kerana beliau demam pada ketika itu.

Pemeriksaan utama terhadap Zeti juga sepatutnya dilakukan oleh mendiang Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang meninggal dunia pada 29 Januari lalu.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya