Suspek cekik mati adik kandung direman tujuh hari

Suspek cekik mati adik kandung direman tujuh hari

VAN putih yang membawa suspek keluar dari Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka selepas perintah reman dikeluarkan selama tujuh hari. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu di sini, semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki van berwarna putih diiringi anggota polis.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik abang kandungnya sendiri ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

Kejadian tersebut disedari ibu kedua beradik itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang diakses menggunakan telefon pintarnya.

Menurut saksi kejadian yang juga jiran mangsa, suspek didakwa bertindak demikian selepas gagal mengawal dirinya berkemungkinan akibat dirasuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, suspek merupakan pelajar di sebuah sekolah arab di Alor Gajah dekat sini dan tidak mempunyai rekod disiplin.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya