Suspek cekik adik dituduh bunuh, diarah jalani ujian psikiatri

Suspek cekik adik dituduh bunuh, diarah jalani ujian psikiatri

VAN berwarna putih yang membawa tertuduh dilihat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka kira-kira pukul 8.50 pagi tadi. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandungnya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 14 tahun hanya menundukkan kepala dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari di sebuah rumah bernombor, Jalan Bukit Piatu A, Kampung Bukit Piatu dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Julai 2023.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh diarah dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor untuk ujian psikiatri.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang kanak-kanak maut dipercayai dicekik abang kandungnya sendiri ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

Kejadian tersebut disedari ibu kedua beradik itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang diakses menggunakan telefon pintarnya.

Menurut saksi kejadian yang juga jiran mangsa, suspek didakwa bertindak demikian selepas gagal mengawal dirinya berkemungkinan akibat dirasuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya