Pereka grafik didakwa bunuh teman wanita - Utusan Malaysia

Pereka grafik didakwa bunuh teman wanita

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pereka grafik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya di sebuah kondominium, dua minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, Sean Edward Kenneth Quinn, 30, didakwa menyebabkan kematian penolong pengurus, Nurin Najmina Mohd. Radzuan, 24, pada pukul 3 pagi, 12 Julai lalu di sebuah unit sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan manakala tertuduh diwakili peguam, Vivek Sukumaran.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya