Penjual air soya didakwa tipu tauke beras

Penjual air soya didakwa tipu tauke beras

KEDUA-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menipu seorang peniaga beras bagi penjualan beras tidak wujud bernilai RM132,000. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua individu yang juga sepupu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang peniaga beras bagi penjualan beras tidak wujud bernilai RM132,000.

Tertuduh, Goh Ching Jin, 30, dan Goh Kim Chai, 39, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang pemilik kilang beras, Ng Keok Kun, 36, dengan memperdaya mangsa dalam tawaran penjualan beras yang tidak wujud dan oleh itu, tertuduh secara bersama-sama telah mendorong mangsa memindahkan wang sebanyak RM132,000.

Kesalahan itu dilakukan pukul 9.30 pagi di Pasaraya Lotus Cheng dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Julai 2023.

Kedua-dua tertuduh boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nora Yaacob mencadangkan jaminan RM20,000 setiap seorang.

Peguam K. Ponnusamy yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai penjual air soya dan menanggung anak-anak yang masih kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya